Thursday, September 10, 2015

UPSR

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah semalam 10 sep 2015 telah selesai sepenuhnya Ujian Penilaian Sekolah Rendah bagi semua sekolah di Malaysia.

Saya sendiri sebagai Setiausaha Peperiksaan bersyukur kerana ujian ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang berlaku.

Saya mendoakan agar pelajar2 sekolah saya iaitu SRI An-Nuriah Ad-Diniah dan juga sekolah tempat pelajar saya menumpang mengambil peperiksaan iaitu Sk Pantai Kundor memperolehi kejayaan yang cemerlang didalam UPSR.

Sedarlah murid2 ku bahawa UPSR ini bukanlah penamat ujian dalam hidup ini kerana kemerdekaan sebenar apabila kita telah menghadap ilahi nanti.Maka teruskan berjalan dan berusaha dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang.

Sedikit kenangan bersama pelajar2 saya selepas keluar daripada dewan peperiksaan semalam.




No comments:

Post a Comment