Sunday, September 6, 2015

ZINNIRAH

Tidak terkenal di dunia. Tapi sangat terkenal di Langit.
Srikandi Islam Zinnirah
Zinnirah adalah seorang gadis berketurunan bangsa Rom. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rom, Zinnirah terpisah daripada keluarganya & menjadi tawanan perang.
Sejak itu, dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar & adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh majikannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba abdi yang senasib dengannya.
Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu telah membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang kental & cukup tabah.
Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahuai keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasullullah terkenal dengan sikap bengis & kasarnya sehingga digeruni baik lawan mahupun kawan.
Akhirnya, Umar mengetahuai mengenai keIslaman Zinnirah. Apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca Al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan yang berat. "Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Disitu, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya ditengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf." Katanya lalu meninggalkan Zinnirah disitu. Walaupun mukanya perit dipanah terik matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak henti mengucapkan Allah...Allah...Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota & mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun bercucuran darah yang keluar daripada matanya & dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknati tuhan Latta & Uzza. Iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata:
"Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa."
Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar As-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga yang tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurniaan Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam. Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.
Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.

No comments:

Post a Comment